Checklist Lengkap Sebelum Tempah Papan Tanda Kedai
Checklist Lengkap Sebelum Tempah Papan Tanda Kedai
Artikel ini ditulis untuk pemilik kedai yang tak mahu buang duit, tak mahu kena saman, dan nak signboard yang tahan lama serta berbaloi dengan harga.
Kenapa Checklist Sebelum Tempah Signboard Kedai Ini Penting?
Majoriti pemilik kedai buat keputusan signboard secara tergesa-gesa.
Hasilnya:
Harga jadi mahal tanpa sedar
Rekaan tak sesuai dengan lokasi
Cepat rosak atau nampak murah
Terpaksa tukar semula dalam 1–2 tahun
Checklist ini wujud supaya anda buat keputusan sebagai owner, bukan mangsa sales talk.
1. Tentukan Objektif Papan Tanda Kedai Anda
Soalan paling asas tapi paling ramai abaikan:
Apa tujuan utama signboard ini?
✔ Menarik pelanggan untuk walk-in ke kedai kita
✔ Branding jangka masa panjang
✔ Nampak profesional & dipercayai
✔ Menonjol bukan sahaja pada waktu siang, malah waktu malam nampak sangat gah
Jika objektif tak jelas, signboard anda akan jadi:
terlalu serabut atau mungkin terlalu kecil
pelanggan tak nak tengok signboard korang
design yang pelik dan boleh menyebabkan mahal tanpa sebab
👉 Untuk faham bagaimana objektif mempengaruhi kos, rujuk panduan harga lengkap kami di sini:
Harga Papan Tanda Kedai (Analisis Lengkap 2025–2026)
https://cmedia33.com/blog/berapa-kos-sebenar-papan-tanda-kedai-baru-analisis-harga-lengkap-2025-2026/
2. Faham Jenis Papan Tanda Sebelum Pilih Harga
Berdasarkan pengalaman kami, ramai business owner terus tanya harga signboard tanpa tahu jenis-jenis signboard yang ada.
Ini merupakan kesilapan yang patut dielakkan. Kami akan dedahkan beberapa jenis signboard yang sangat popular atau kebiasaan pemilik kedai buat.
Antara jenis signboard yang popular di Kuala Lumpur & Selangor :
LED signboard
Neon / Neon Flex
3D Signboard
Lightbox
Polycarbonate / Colorbond Signboard
Setiap jenis signboard yang diatas, ada:
kos berbeza
tahap ketahanan berbeza
kesan visual berbeza
Jika salah pilih, anda mungkin terpaksa bayar mahal untuk hasil yang tak sesuai dengan lokasi kedai.
👉 Rujuk trend & jenis rekaan terkini di sini:
https://cmedia33.com/blog/trend-signboard-2026-idea-warna-rekaan-yang-buat-bisnes-anda-nampak-premium-cmedia33/
3. LED vs Neon: Jangan Pilih Ikut Trend Semata-mata
Soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan kami:
“LED ke Neon lebih jimat dan tahan?”
Jawapan sebenar: bergantung pada kegunaan & lokasi kedai.
LED:
Lebih jimat elektrik
Lebih terang
Lebih sesuai untuk kawasan komersial sibuk
Neon / Neon Flex:
Lebih aesthetic
Kurang terang
Sesuai untuk indoor atau branding niche
Jika kedai anda beroperasi pada waktu malam, pilihan salah boleh kurangkan visibility. Kami sudah menulis artikel LED vs Neon, anda boleh rujuk link di bawah.
👉 Baca perbandingan penuh di sini:
https://cmedia33.com/blog/cmedia33-papan-tanda-led-vs-neon-mana-lebih-jimat-elektrik-dan-tahan-lama/
4. Ukur Saiz & Sudut Pandangan (Bukan Ikut Rasa)
Ini merupakan kesilapan yang sangat biasa pemilik kedai lakukan.
Masalah biasa:
Signboard terlalu kecil.
Tulisan berangkai yang susah dibaca.
Logo tenggelam dari jauh.
Checklist ringkas:
Jarak jalan ke kedai
Kelajuan trafik depan kedai
Ketinggian bangunan
Halangan visual (pokok, tiang, bangunan lain)
Memilih saiz yang betul lebih penting daripada design cantik.
5. Material: Murah Sekarang vs Tahan 5–10 Tahun
Soalan yang patut anda tanya supplier sebelum membuat atau menempah signboard:
Material apa syarikat itu digunakan?
Tahan cuaca berapa lama?
Ada warranty atau tidak?
Material murah =
✔ kos awal rendah
✘ cepat pudar
✘ mudah rosak
✘ kos gantian tinggi
Owner berpengalaman akan fikir kos jangka panjang, bukan harga awal semata-mata.
6. Lesen & Kelulusan Majlis (Jangan Ambil Mudah)
Ini isu yang sangat serius. Anda jangan ambil ringan dengan Majlis Perbandaran sekarang.
Tanpa lesen:
Risiko saman
Risiko diarahkan buka signboard
Pembaziran kos pemasangan
Pastikan:
Saiz ikut spesifikasi majlis
Lokasi pemasangan dibenarkan
Dokumen sokongan lengkap
Supplier yang berpengalaman akan maklumkan dari awal, bukan lepas siap baru beritahu.
👉 Baca perbandingan penuh di sini:
https://cmedia33.com/blog/panduan-lengkap-memohon-lesen-papan-tanda-di-malaysia-langkah-demi-langkah/
7. Tanya Tentang Warranty & Servis Selepas Pemasangan
Checklist penting:
✔ Warranty LED
✔ Warranty transformer
✔ Sokongan selepas pemasangan
Tanpa servis lepas pasang, anda akan:
Cari technician sendiri
Bayar kos tambahan
Buang masa
8. Jangan Terus Setuju Dengan Harga Pertama
Harga signboard boleh dioptimumkan, bukan semestinya diturunkan.
Contoh:
Kurangkan saiz sedikit
Tukar material tertentu
Optimumkan rekaan
Supplier yang jujur akan cadangkan opsyen terbaik ikut bajet, bukan paksa pakej mahal.
9. Contoh Signboard yang dihasilkan oleh Cmedia33

10. Checklist Ringkas (Ringkasan untuk Business Owner Yang Sibuk)
✔ Objektif jelas
✔ Fahamkan jenis signboard yang ada sebelum menempah
✔ LED vs Neon dinilai ikut lokasi
✔ Saiz & sudut pandangan betul
✔ Material tahan lama
✔ Lesen & kelulusan jelas
✔ Warranty & servis ada
Jika semua ini dipenuhi, risiko buang duit hampir sifar.
Penutup: Buat Keputusan Sebagai Owner, Bukan Pembeli Biasa
Signboard bukan sekadar papan tanda. Ia merupakan tunjang utama sebagai alat pemasaran, identiti bisnes kita dan juga aset jangka masa panjang.
Keputusan yang betul hari ini boleh jimatkan ribuan ringgit dalam 5 tahun akan datang.
Setiap kedai berbeza.
Sebab itu cadangan signboard juga sepatutnya berbeza.
Related Articles
30 May 2026
Starting a Business in Malaysia? Here's the Complete SSM Registration Fee Guide for 2026
29 May 2026
Nak Buat Signboard? Ini Cara Memilih Signboard yang Betul untuk Bisnes Anda
28 May 2026
KENAPA BISNES ANDA PERLUKAN SIGNBOARD LED: PANDUAN TERKINI 2026 (RAMAI TAK SEDAR!)
27 May 2026
Nak Pasang Signboard? Ini Panduan Lengkap Permohonan Lesen Papan Tanda di Malaysia